Thursday, August 14, 2008

NEW:PELANCARAN KORIDOR TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI SARAWAK (SCORE) DI BINTULU WATERFRONT PROMINADE


BINTULU, 11 Feb 2008 -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (tiga kanan) bersama Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) menekan butang simbolik pelancaran Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) di Bintulu Waterfront Prominade di sini, hari ini.
Memerhatikan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri George Chan Hong Nam (dua kiri).
Score adalah koridor pembangunan kelima dilancarkan Perdana Menteri selepas Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Koridor Pembangunan Sabah.
Score terletak di wilayah tengah Sarawak merentasi kawasan sepanjang 320 kilometer dan meliputi kawasan seluas 70,000 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk 607,800 orang.
Sumber : fotoBERNAMA

source : http://www.pmo.gov.my/website%5Cwebdbase.nsf/hv_BeritaGambar/1A4BBC3333279EFB482573EC0026F585

1 comment:

Yumida said...

kenapa tidak update entry terbaru pasal sarawak score ni?